Pages

Thursday, February 14, 2013

Kehidupan di sekolah berasrama penuh

         Assalamualikum kepada pembaca sekalian , dah lama tak tengok blog ni tiba-tiba teringat kat blog ni tapi kali ni lain sikit sebab biasanya saya tulis blog dekat rumah tapi kali ni dekat sekolah menengah hehe
   Sebenarnya hari ni saya nak cerita kan pasal kehidupan saya di asrama ....Kehidupan di asrama memang telah mengubah jadual harian saya sebanyak 120% , kalau dulu biasanya bangun pukul  6.30 pagi tapi bila duduk kat asrama kita terpaksa bangun pukul 4.30 pagi kerana pada pyukul5.50 pagi dah terpaksa ke surau untuk solat subuh berjemaah , kalau dulu boleh makan bila2 masa je  yang kita nak sekarang kena makan ikut waktu kalu dulu jarang basuh baju sendiri semuanya mak yang buat sekarang terpaksa menguruskan pakaian kita sendiri tapi inilah kehidu[pan di asrama yang akan mengajar kita kehidupan berdikari dan mengajar kita untuk menetapi masa
     Masa mula-mula tu memang susah  tapi bila dah lama-lama  kita akan terbiasa , kadang-kadang tu sedih juga bila teringatkan ibu , keluarga dan rumah( anak manja lah katakan haha) tapi sekarang insyallah dah semakin ok , memang sentiasa teringatkan rumah,keluarga tapi takdelah sampai nak menangis lagi huhu .
    Satu je nasihat saya kepada rakan2saya yang duduk di sekolah berasrama penuh kita kena rapat dengan kawan-kawan dan akak-akak senior kerana kalau tidak kehidupan kita di asrama akan menjadi sukar . Dan ini ada sedikt kata-kata motivasi dari saya " Don't be sad , because there is alot of thing to you see and do " hehe , semoga hari anda semua sentiasa ceria


Wednesday, December 26, 2012

Selamat tinggal 2012 , Welcome 2013

      Assalamualaikum kepada pembaca semua , lama dah saya tak berceloteh  dekat blog ni , sekali-sekala tu buka juga tapi bila nak tulis new post je tak ada idea hehehe .... Pejam celik, pejam celik kita dah nak masuk tahun 2013 kan ? rasanya macam semalam baru je mendaftar sebagai murid tahun 6 tiba-tiba 2013 menjelma ...
        Tahun 2012 memang banyak perkara, kenangan yang terjadi , tak kira ianya kelakar atau sedih bila dikenang pasti menyebabkan kita tersenyum sendiri, Oh ye saya juga nak kongsikan berita gembira walaupun dah terlambat , Alhamdulillah saya telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ni ..... Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah mendoakan saya terutama sekali kepada ibu-bapa saya , guru-guru rakan-rakan adik-adik saya dan ahli keluarga saya . Semoga pada tahun akan datang kita akan lakukan yang terbaik untuk menjadi seorang muslim yang berjaya amin....

Wednesday, November 7, 2012

Stress!!!

Huh stressnya lah entah kenapa sejak kebelakangan ni asyik stress je mungkin sebab saya dah nak tinggalkan sekolah rendah yang menyimpan seribu kenangkan ,sejuta kenangan kot ,rasa sayu sangat bila ingatkan sekolah tu ....... Yelah mana taknya saya belajar semuanya dari situ ,saya belajar untuk berkawan, menulis dan membaca ...Ah lagi sedih bila nak tinggalkan kawan-kawan saya tu sebab walaupun baru 6 tahun kita orang kenal tapi kita orang dah macam adik beradik, oh no  i will miss them so much huhuhu

Saturday, September 15, 2012

MERDEKA DAH KE?

Ye!!!! alhamdulillah akhirnya selepas beberapa bulan 'bertarung' dengan buku akhirnya UPSR dah berlalu lega rasanya...... sekarangni tengah berfikir  fikir nak buatapa ye sementara menungggu keputusan ni?memanglahkelas masih ada tapi dulu dari 7:30 pagi sampai 9:30 berada di sekolah sekarang ni tetap ke sekolah tapi taklah lama macam tu . Saya rasa macam nak lebih aktif berblog ... impian nak aktif berblog tu sudah lama didiamkan tapi masih tak tertunai tapi tak pe kan sebab berangan itu kan free of charge hehehe nak berangan banyak-banyak pun takpe asal jangan jadi macam mat jenin sudah . OPS dah tersasar dari tajuk asal ni . Tapi kan rasanya cikgu kat sekolah mesti dah rancang banyak aktiviti yang menarik nak dibuat contohnya kan insyallah 25 haribulan ni saya akan ke Melaka, KL dan Cameron Highland ... bestnya harap-harap semuanya ok-ok belaka amin.... Oh ye kepada para pembaca mohon kalau ada yang mengenali saya atau takkalau teringat dekat saya tolonglah ye doakan saya semoga dapat 5A dan semoga berjaya menjadi seorang muslimah amin... Insyallah

Monday, June 4, 2012

Cuti Yang Memenatkan

    Cuti kali ni memang memenatkan , mungkin lebih penat daripada  hari biasa . Mana tidaknya 5 karangan dicampur dengan 8 buah buku latihan yang wajib disiapkan sebelum 30 July memang cukup untuk membuatkan saya seperti pokok yang tak disiram sebulan (layu dan kuyu ) huhuhu .
                     Itu tidak dikira kelas tambahan yang perlu dihadiri dan pelbagai jenis majlis yang menyebabkan berat sekarang bertambah 3 kilo! macam mana nak kuruskan balik ni? Tapi biasalah nak berjaya mana boleh ad penyakit 'M' kena berusaha dengan gigih bak kata pepatah ' genggam bara api biar sampai jadi arang ' mana adakan orang dilahirkan terus jadi pandai , kena berjuang untuk mendapatkannya , jadi ini mungkin hanya secubit dari pengorbanan yang peru saya tempuhi untuk mencapai cita-cita saya kan? oh ya sedikit kata-kata semangat untuk saya dan pembaca semua

"JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN ESOK LEIH BAIK DARIPADA HARI INI"

Saturday, March 10, 2012

Saya dah kembali (cewah)

      Assalamualaikum kepada semua pembaca-pemaca sekalian ,pertama sekali saya ingin memeohon maaf kerana sudah agk lama saya tidak menulis apa-apa di blog. Kekadang tu terfikir juga adakah aku patut tutup je blog ni?, bukannya saya tak sayang dekat blog ni cuma kekadang tu idea tak datanglah, malaslah banyak kerjalah dan seangkatan dengannya hehehehe.......


    

Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru , Azam Baru

Salam pembaca sekalian,


      Apa khabar semua? harapnya semua dalam keadaan sejahtera. Tahun depan saya sebenarnya akan menghadapi satu perperiksaan yang besar diperingkat sekolah rendah iaitu peperiksaan UPSR , jadi oleh kerana saya akan menghadapi perperiksaan  tersebut maka saya terpaksa menghadkan sedikit masa yang saya guna untuk mengedit blog ini harap maklum .......