Pages

Wednesday, December 26, 2012

Selamat tinggal 2012 , Welcome 2013

      Assalamualaikum kepada pembaca semua , lama dah saya tak berceloteh  dekat blog ni , sekali-sekala tu buka juga tapi bila nak tulis new post je tak ada idea hehehe .... Pejam celik, pejam celik kita dah nak masuk tahun 2013 kan ? rasanya macam semalam baru je mendaftar sebagai murid tahun 6 tiba-tiba 2013 menjelma ...
        Tahun 2012 memang banyak perkara, kenangan yang terjadi , tak kira ianya kelakar atau sedih bila dikenang pasti menyebabkan kita tersenyum sendiri, Oh ye saya juga nak kongsikan berita gembira walaupun dah terlambat , Alhamdulillah saya telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ni ..... Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah mendoakan saya terutama sekali kepada ibu-bapa saya , guru-guru rakan-rakan adik-adik saya dan ahli keluarga saya . Semoga pada tahun akan datang kita akan lakukan yang terbaik untuk menjadi seorang muslim yang berjaya amin....

Wednesday, November 7, 2012

Stress!!!

Huh stressnya lah entah kenapa sejak kebelakangan ni asyik stress je mungkin sebab saya dah nak tinggalkan sekolah rendah yang menyimpan seribu kenangkan ,sejuta kenangan kot ,rasa sayu sangat bila ingatkan sekolah tu ....... Yelah mana taknya saya belajar semuanya dari situ ,saya belajar untuk berkawan, menulis dan membaca ...Ah lagi sedih bila nak tinggalkan kawan-kawan saya tu sebab walaupun baru 6 tahun kita orang kenal tapi kita orang dah macam adik beradik, oh no  i will miss them so much huhuhu

Saturday, September 15, 2012

MERDEKA DAH KE?

Ye!!!! alhamdulillah akhirnya selepas beberapa bulan 'bertarung' dengan buku akhirnya UPSR dah berlalu lega rasanya...... sekarangni tengah berfikir  fikir nak buatapa ye sementara menungggu keputusan ni?memanglahkelas masih ada tapi dulu dari 7:30 pagi sampai 9:30 berada di sekolah sekarang ni tetap ke sekolah tapi taklah lama macam tu . Saya rasa macam nak lebih aktif berblog ... impian nak aktif berblog tu sudah lama didiamkan tapi masih tak tertunai tapi tak pe kan sebab berangan itu kan free of charge hehehe nak berangan banyak-banyak pun takpe asal jangan jadi macam mat jenin sudah . OPS dah tersasar dari tajuk asal ni . Tapi kan rasanya cikgu kat sekolah mesti dah rancang banyak aktiviti yang menarik nak dibuat contohnya kan insyallah 25 haribulan ni saya akan ke Melaka, KL dan Cameron Highland ... bestnya harap-harap semuanya ok-ok belaka amin.... Oh ye kepada para pembaca mohon kalau ada yang mengenali saya atau takkalau teringat dekat saya tolonglah ye doakan saya semoga dapat 5A dan semoga berjaya menjadi seorang muslimah amin... Insyallah

Monday, June 4, 2012

Cuti Yang Memenatkan

    Cuti kali ni memang memenatkan , mungkin lebih penat daripada  hari biasa . Mana tidaknya 5 karangan dicampur dengan 8 buah buku latihan yang wajib disiapkan sebelum 30 July memang cukup untuk membuatkan saya seperti pokok yang tak disiram sebulan (layu dan kuyu ) huhuhu .
                     Itu tidak dikira kelas tambahan yang perlu dihadiri dan pelbagai jenis majlis yang menyebabkan berat sekarang bertambah 3 kilo! macam mana nak kuruskan balik ni? Tapi biasalah nak berjaya mana boleh ad penyakit 'M' kena berusaha dengan gigih bak kata pepatah ' genggam bara api biar sampai jadi arang ' mana adakan orang dilahirkan terus jadi pandai , kena berjuang untuk mendapatkannya , jadi ini mungkin hanya secubit dari pengorbanan yang peru saya tempuhi untuk mencapai cita-cita saya kan? oh ya sedikit kata-kata semangat untuk saya dan pembaca semua

"JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN ESOK LEIH BAIK DARIPADA HARI INI"

Saturday, March 10, 2012

Saya dah kembali (cewah)

      Assalamualaikum kepada semua pembaca-pemaca sekalian ,pertama sekali saya ingin memeohon maaf kerana sudah agk lama saya tidak menulis apa-apa di blog. Kekadang tu terfikir juga adakah aku patut tutup je blog ni?, bukannya saya tak sayang dekat blog ni cuma kekadang tu idea tak datanglah, malaslah banyak kerjalah dan seangkatan dengannya hehehehe.......