Pages

Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru , Azam Baru

Salam pembaca sekalian,


      Apa khabar semua? harapnya semua dalam keadaan sejahtera. Tahun depan saya sebenarnya akan menghadapi satu perperiksaan yang besar diperingkat sekolah rendah iaitu peperiksaan UPSR , jadi oleh kerana saya akan menghadapi perperiksaan  tersebut maka saya terpaksa menghadkan sedikit masa yang saya guna untuk mengedit blog ini harap maklum .......

Monday, December 26, 2011

Demam datang lagi.....

    Assalamualaikum pembaca sekalian, hari ni saya dan angah duduk dua orang sahaja di rumah kerana ibu,ayah,acik dan Iffah ke klinik kerana acik dan Iffah demam..... kesian dekat diaorang ...... Minggu lepas saya yang demam minggu ni diaorang pulak , tak  silap saya acik dan Iffah demam kerana tonsel dekat tekak ereka tu bengkak , hari tu masa saya demam doktor ada juga periksa acik sebab dia tu macam kena resdung, doktor periksa terus tekak dia doktor cakap tonsel acik memang dah besar bukan sebab bengkak. Rupa-rupanya ada juga orang yang tonsel dia dah memang besar . Apa-apapun saya doakan supayan Anis dan Iffah cepat sembuh amin.....

Saturday, December 24, 2011

Akhirnya

      Akhirnya.... setelah berhari-hari tidak mengedit dan  membuka blog , saya kembali lagi , lamanya  saya tak membuka blog ini  dah rasa macam berminggu-minggu  , lagi tak seronok kerana  sudah lama rasanya saya tak menulis .... Sebenarnya saya ada satu  sebab kenapa saya tak buka blog ni.......
1) saya demam  yang agak panas   
        Bukannya saya sengaja untuk tidak mengedit blog ni tapi keadaan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya tidak boleh membuka blog, sedihnya , tapi alhamdulillah keadaan saya sudah kembali seperti sediakala, harap-harap tak kena demam lagi kerana dah dekat sangat dah dengan hari sekolah takut-takut nanti semua orang pergi sekolah saya tak pergi sebab demam . Nasihat untuk diri saya dan pembaca sekalian agar menjaga kesihatan dengan baik supaya tiada yang tak boleh ke sekolah pada hari pertama sekolah kerana demam

Friday, December 16, 2011

Gambang

    Huhu sekarang ni saya berada di Pahang , besok nak pergi bermain air dekat Gambang! seronoknya dah tak sabar dah nak pergi bermain air tu. Terujanya usah dikata melebihi 100 dari 1-100. Ok sebenarnya taklah teruja sangat tapi tak sabar-sabar tu memang adalah hehehe, yeah bukannya apa tahun depan dah nak UPSR jadi mesti dari awal tahun - akhir tahun kena belajar jadi sekarang ni nak tenang-tenang dulu biar nanti tahun depan taklah stress sangat (wah jauhnya fikir sampai akhir tahun depan tahun ni pun tak habis lagi) apapun harap besok tak hujanlah datang dari jauh ni sampai 4 jam perjalanan tau!


P/S macam budak-budakjekan saya ni ?biarlah sekali sekala huhuhu :)

Be Yourself

    Salam pembaca sekalian , hari ni saya nak menulis tentang keyakinan diri sebenarnya, OK saya nak menulis tentang keyakinan diri ni untuk meyakinkan KITA semua supaya menjadi diri sendiri dan yankin terhadap diri sendiri, bila saya maksudkan Kita itu bermaksud saya sekali ye hehe.....
 
   Bagi saya menjadi diri sendiri adalah istimewa walaupun kekadang kita rasa menjadi orang lain tu senang,best atau  pun lebih disayangi tetapi apabila kita menjadi diri sendiri kita rasa lain ,mak saya selalu pesan kepada saya apabila saya nak jadi orang lain ataupun rasa marah apabila orang cakap pasal kelemahan saya 'jadikan kelemahan amu sebagai kelebihan kamu jadi kamu takkan rasa sedih apabia ada orang bercakap pasal kamu'

     Tapi janganlah pula kita menjadikan perangai buruk kita sebagai keistimewaan kita , kita kena jadikan kelemahan kita sebagai keistemewaan bukannya perangai buruk kita . Saya harap pembaca semua faham tentang apa yang saya cuba sampaikan .

Tuesday, December 13, 2011

Edit Post

       Saya ni dah takda kerja agaknya sampaikan asyik edit dan buat new post aje. Bila diperhatikan lah, rupa-rupanya ejaan saya banyak tersilap seperti
Cakap =caap
 Pasal =paal

Tulah lain kali buat lah tergopoh gapah lagi dahlah tu tak check dulu lepas tulis terus publish je (Tak pasal-pasal kena marah diri sendiri DUSH!) 

Perkara Kecil yang Boleh Menjadi Besar

     Perkara yang paling kecil dalam kehidupan kita biasanya  boleh memberikan kesan yang besar buat kita . Saya memang tak pandai nak menyusun kata bagi korang semua faham apa yang saya nak sampikan tapi saya rasa mungkin ucapa yang saya ambil dari internet ni yang paling tepat bagi untuk buat korang semua faham apa yang cuba disampaikan

                                  ENJOY THE LITTLE THINGS 
                                  IN YOUR LIFE FOR ONE DAY ,
                                 YOU MAY LOOK BACK AND REALISE
                                 THEY WERE THE BIG THINGS

Saya cuba untuk copy kan ucapan tu tapi tak boleh so saya tulis ajalah Kalau kita renungkan perkara kecil yang berlaku dalam hidup kita kita akan mampu mengukirkan senyuman kerana kadang-kadang perkara kecil itu memberi makna yang besar buat kita

                                         

Monday, December 12, 2011

Semakin Lama......

   Semakin lama saya rasa semakin sayang akan blog ni , ungkin kerana disini saya dapat bercerita selain dapat lari dari masalah saya seketika.logni umpama teman rapat saya kerana saya dapat bercerita, mencurahkan perasaan dan banyak lagi walaupun bukan semua yang saya kongsikan . Saya berharap sangat yang bog ni dapat menjadi blog yang mampu memberi manfaat kepada semua pembaca yang datang 'menjenguk' blog ni, semoga mutu penulisan saya semakin lama semakin baik :)

Saturday, December 10, 2011

Tukar

   Pertama kali tukar design blog selepas 1 tahun tak tukar, bukan apa nak belajar juga cara2 tukar design kalau tengok design sama je bosan gak.Oh ye saya buang chat box tu untuk mengelakkan 'pegaduhan siber' yang bakal meletus kalau tidak di buang , amacam cantik tak design baru saya ? hehe boleh lah untuk budak yang baru setahun jagung ni kan? :D  Ok lah apa-apapun harap korang tak bosan tengok design ni sebab saya dah sehabis mungkin dah buat  design yang tercantik


P/S desing ni dengan design dulu mana lagi cantik?

Tuesday, December 6, 2011

Selamat Hari Jadi Aiman & Anis

            Pejam celik, pejam celik dah bulan 12 , hari ni 6 haribulan, besok 7 lepas tu 8 .Ok mesti pelikan apabila tetiba je saya nak cakap pasal hari bulan ni apa yang sangat 7&8 haribulan tu , sebenarnya 7&8 haribulan tu adalah hari jadi adik2  saya Aiman& Anis , kelakar pulak bila tengok tarikhnya dah macam kembar pulak tapi apa-apa pun saya nak ucapkan Selmat Hari Lahir kepada Aiman Dan Anis semoga panjang umur dan murah rezeki huhu


P/S agak2 lah kan dia orang marah ak kalau saya tak bagi hadiah? biarlah saya pun dah tak sempat nak beli buat kad ucapa jelah itupun kalau sempat hehehe :D

Monday, December 5, 2011

Schoolsick

     Rindunya kat kekawan saya,tak sampai sebulan pun tiba-tiba dah kena homesick cuma yang ni terbalik orang biasanya homesick teringat rumah saya homesick teringat sekolah sampaikan ckgu garang pun saya teringat, huh teruk kan? hehe apapun saya cuma nak cakap kat kekawan saya 'Guys I miss you all soooooooooo much'

P/S teruk tak saya ni? hehe