Pages

Thursday, December 23, 2010

Ibu

Penat betul hari ini sebab kena teman ibu  kat sekolah sambil jaga adik .Rupanya susah juga nak jaga seorang adik yang masih kecil .Tapi sebenarnya kan saya kesian kat ibu  sebab dah lah kena buat kerja kat sekolah balik rumah kena jaga anak-anak ,memasak ,basuh baju, kemas rumah dan layan ahli keluarga .Sebenarnya kan saya ini seorang yang tak berapa rajin (bukanya pemalas tau) .Tapi apa-apapun terima kasih lah saya ucapkan buat ibu saya yang sentiasa memberi semangat kepada saya .Tanpa beliau mungkin saya tak kan faham kepayahan dan kesusahan seorang ibu . Buat ibuku yang tercinta Terima Kasih atas segalanya dan terima kasih ibu kerana telah menjadi kawan baik yang setia mendengar ,seorang penasihat yang berwibawa ,seorang doktor yang hebat ,seorang cikgu yang berdisiplin dan seorang ibu yang baik ,penyayang dan penyabar
                                          
ALONG  SAYANG IBU


4 comments: