Pages

Monday, June 4, 2012

Cuti Yang Memenatkan

    Cuti kali ni memang memenatkan , mungkin lebih penat daripada  hari biasa . Mana tidaknya 5 karangan dicampur dengan 8 buah buku latihan yang wajib disiapkan sebelum 30 July memang cukup untuk membuatkan saya seperti pokok yang tak disiram sebulan (layu dan kuyu ) huhuhu .
                     Itu tidak dikira kelas tambahan yang perlu dihadiri dan pelbagai jenis majlis yang menyebabkan berat sekarang bertambah 3 kilo! macam mana nak kuruskan balik ni? Tapi biasalah nak berjaya mana boleh ad penyakit 'M' kena berusaha dengan gigih bak kata pepatah ' genggam bara api biar sampai jadi arang ' mana adakan orang dilahirkan terus jadi pandai , kena berjuang untuk mendapatkannya , jadi ini mungkin hanya secubit dari pengorbanan yang peru saya tempuhi untuk mencapai cita-cita saya kan? oh ya sedikit kata-kata semangat untuk saya dan pembaca semua

"JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN ESOK LEIH BAIK DARIPADA HARI INI"