Pages

Thursday, December 23, 2010

Ibu

Penat betul hari ini sebab kena teman ibu  kat sekolah sambil jaga adik .Rupanya susah juga nak jaga seorang adik yang masih kecil .Tapi sebenarnya kan saya kesian kat ibu  sebab dah lah kena buat kerja kat sekolah balik rumah kena jaga anak-anak ,memasak ,basuh baju, kemas rumah dan layan ahli keluarga .Sebenarnya kan saya ini seorang yang tak berapa rajin (bukanya pemalas tau) .Tapi apa-apapun terima kasih lah saya ucapkan buat ibu saya yang sentiasa memberi semangat kepada saya .Tanpa beliau mungkin saya tak kan faham kepayahan dan kesusahan seorang ibu . Buat ibuku yang tercinta Terima Kasih atas segalanya dan terima kasih ibu kerana telah menjadi kawan baik yang setia mendengar ,seorang penasihat yang berwibawa ,seorang doktor yang hebat ,seorang cikgu yang berdisiplin dan seorang ibu yang baik ,penyayang dan penyabar
                                          
ALONG  SAYANG IBU


Wednesday, December 22, 2010

Bosan

Bosan betulah hari ini tak tahu nak buat apa .Cuaca kat luar tu nampak mendung macam baru pukul 7.00 a.m tapi sekarang ni dah pukul 9.00 lebih . Biarlah kalau hujan pun bukannya boleh mandi hujan .Bertambalah bosan saya sebab nanti kalau nak tengok TV kena tengok cerita kartun sebab bagi tender tu kat Aiman

Tuesday, December 21, 2010

Tonsel

Hah, penatkan kalau sebulan dalam 2 kali demam.Tapi nak buat macam mana nak kalau dah nasib. Biasanya  kalau orang ada tonsel memang macam tu .Tonsel sebenarnya tempat kuman berkumpul (itu yang dokto cakap kat saya) tapi tak tahulah betul atau tidak

Sintem-sintem tonsil ialah :
a) bengkak di leher
b) demam
c)rasa perit apabila menelan makanan

Nasihat saya kepada yang mempunyai tonsel jangan minum air batu dan makan aiskrim (kecuali aiskrim vanilla)kerana aiskrim vanilla akan melegekan tonsel banyak kan berehet agar cepat sembuh


Nota : kalau masa anda tonsel tu sekali dengan demam jangan makan aiskrim vanilla dulu biar tunggu demam reda  dulu dan cuba untu berfikiran sepositiv yang boleh .(Sebenarnya kadang kala saya pun tak boleh tahan juga)

Saya hanya berkongsi maklumat tetapi allah yang menentukan semuanya :)

Sunday, December 19, 2010

Impian yang ku kejar

Saya mempunyai satu impian yang belum tercapai,
Untuk mencapainya bukanlah senang tapi bukan mustahil ;
Ianya diibaratkan seperti berlian yang paling indah sekali bagi saya ,
Saya tahu saya akan mendapatkanya suatu hari nanti ,
Dan bila tiba hari itu tiada siapa yang boleh menghalangku
Kerana ia akan menjadi hari yang paling bahagia buatku

KL OH KL

Penat betul semalam sebab baru balik dari KL.Tapi tak apalah sebab pergi kesana bukan saja-saja, tapi untuk mempelajari sesuatu yang baru dan melawat emak saudara di KL.

Sewaktu saya pergi 'melawat' ikan yang ada kat aquaria saya melihat banyak ikan yang sedang berenang dengan gembira.Saya berasa syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk melihat ikan yang cantik begitu rupa

Selepas penat berjalan di 'dasar' laut saya bersama keluarga makan sebentar kemudian kami solat, selepas itu kami pergi singgah sebentar di Suria KLCC untuk mebeli cenderahati.

Sampai sahaja kat rumah ibu dan ayah terus berehat, kesian mereka terpaksa bersusah payah untuk membesarkan saya dan adik-adik. Malm tersebut ibu ayah mengajak emak saudara dan ayah saudara saya untuk makan malam di restoran Arausyah.

Setibanya dirumah saya dan ibu terus membentangkan tilam untuk tidur. Sekarang baru saya tahu rupanya letih juga berjalan-jalan di Kuala Lumpur .Itu baru di Suria KLCC dan Aquaria kalau banyak lagi tentu lagi penat

Friday, December 17, 2010

Cuti Di KL

Wah bestnya cuti  kali ini kerana dapat bercuti bersama keluarga di KL. Kali ini bukan sahaja berpeluang bercuti di KL tetapi saya dapat menziarahi mak saudara saya yang tinggal di Ampang. Bertambah lagi kegembiraan saya kerana berpeluang pergi ke aquaria dan suria di KLCC . Malam ni mungkin saya sekeluarga akan pergi makan malam bersama mak saudara saya inyallah ye . Besok kami sekeluarga akan pulang ke Terengganu doakanlah perjalana kami sekeluarga selamat ye