Pages

Sunday, December 19, 2010

KL OH KL

Penat betul semalam sebab baru balik dari KL.Tapi tak apalah sebab pergi kesana bukan saja-saja, tapi untuk mempelajari sesuatu yang baru dan melawat emak saudara di KL.

Sewaktu saya pergi 'melawat' ikan yang ada kat aquaria saya melihat banyak ikan yang sedang berenang dengan gembira.Saya berasa syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk melihat ikan yang cantik begitu rupa

Selepas penat berjalan di 'dasar' laut saya bersama keluarga makan sebentar kemudian kami solat, selepas itu kami pergi singgah sebentar di Suria KLCC untuk mebeli cenderahati.

Sampai sahaja kat rumah ibu dan ayah terus berehat, kesian mereka terpaksa bersusah payah untuk membesarkan saya dan adik-adik. Malm tersebut ibu ayah mengajak emak saudara dan ayah saudara saya untuk makan malam di restoran Arausyah.

Setibanya dirumah saya dan ibu terus membentangkan tilam untuk tidur. Sekarang baru saya tahu rupanya letih juga berjalan-jalan di Kuala Lumpur .Itu baru di Suria KLCC dan Aquaria kalau banyak lagi tentu lagi penat

No comments:

Post a Comment