Pages

Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru , Azam Baru

Salam pembaca sekalian,


      Apa khabar semua? harapnya semua dalam keadaan sejahtera. Tahun depan saya sebenarnya akan menghadapi satu perperiksaan yang besar diperingkat sekolah rendah iaitu peperiksaan UPSR , jadi oleh kerana saya akan menghadapi perperiksaan  tersebut maka saya terpaksa menghadkan sedikit masa yang saya guna untuk mengedit blog ini harap maklum .......

Monday, December 26, 2011

Demam datang lagi.....

    Assalamualaikum pembaca sekalian, hari ni saya dan angah duduk dua orang sahaja di rumah kerana ibu,ayah,acik dan Iffah ke klinik kerana acik dan Iffah demam..... kesian dekat diaorang ...... Minggu lepas saya yang demam minggu ni diaorang pulak , tak  silap saya acik dan Iffah demam kerana tonsel dekat tekak ereka tu bengkak , hari tu masa saya demam doktor ada juga periksa acik sebab dia tu macam kena resdung, doktor periksa terus tekak dia doktor cakap tonsel acik memang dah besar bukan sebab bengkak. Rupa-rupanya ada juga orang yang tonsel dia dah memang besar . Apa-apapun saya doakan supayan Anis dan Iffah cepat sembuh amin.....

Saturday, December 24, 2011

Akhirnya

      Akhirnya.... setelah berhari-hari tidak mengedit dan  membuka blog , saya kembali lagi , lamanya  saya tak membuka blog ini  dah rasa macam berminggu-minggu  , lagi tak seronok kerana  sudah lama rasanya saya tak menulis .... Sebenarnya saya ada satu  sebab kenapa saya tak buka blog ni.......
1) saya demam  yang agak panas   
        Bukannya saya sengaja untuk tidak mengedit blog ni tapi keadaan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya tidak boleh membuka blog, sedihnya , tapi alhamdulillah keadaan saya sudah kembali seperti sediakala, harap-harap tak kena demam lagi kerana dah dekat sangat dah dengan hari sekolah takut-takut nanti semua orang pergi sekolah saya tak pergi sebab demam . Nasihat untuk diri saya dan pembaca sekalian agar menjaga kesihatan dengan baik supaya tiada yang tak boleh ke sekolah pada hari pertama sekolah kerana demam

Friday, December 16, 2011

Gambang

    Huhu sekarang ni saya berada di Pahang , besok nak pergi bermain air dekat Gambang! seronoknya dah tak sabar dah nak pergi bermain air tu. Terujanya usah dikata melebihi 100 dari 1-100. Ok sebenarnya taklah teruja sangat tapi tak sabar-sabar tu memang adalah hehehe, yeah bukannya apa tahun depan dah nak UPSR jadi mesti dari awal tahun - akhir tahun kena belajar jadi sekarang ni nak tenang-tenang dulu biar nanti tahun depan taklah stress sangat (wah jauhnya fikir sampai akhir tahun depan tahun ni pun tak habis lagi) apapun harap besok tak hujanlah datang dari jauh ni sampai 4 jam perjalanan tau!


P/S macam budak-budakjekan saya ni ?biarlah sekali sekala huhuhu :)

Be Yourself

    Salam pembaca sekalian , hari ni saya nak menulis tentang keyakinan diri sebenarnya, OK saya nak menulis tentang keyakinan diri ni untuk meyakinkan KITA semua supaya menjadi diri sendiri dan yankin terhadap diri sendiri, bila saya maksudkan Kita itu bermaksud saya sekali ye hehe.....
 
   Bagi saya menjadi diri sendiri adalah istimewa walaupun kekadang kita rasa menjadi orang lain tu senang,best atau  pun lebih disayangi tetapi apabila kita menjadi diri sendiri kita rasa lain ,mak saya selalu pesan kepada saya apabila saya nak jadi orang lain ataupun rasa marah apabila orang cakap pasal kelemahan saya 'jadikan kelemahan amu sebagai kelebihan kamu jadi kamu takkan rasa sedih apabia ada orang bercakap pasal kamu'

     Tapi janganlah pula kita menjadikan perangai buruk kita sebagai keistimewaan kita , kita kena jadikan kelemahan kita sebagai keistemewaan bukannya perangai buruk kita . Saya harap pembaca semua faham tentang apa yang saya cuba sampaikan .

Tuesday, December 13, 2011

Edit Post

       Saya ni dah takda kerja agaknya sampaikan asyik edit dan buat new post aje. Bila diperhatikan lah, rupa-rupanya ejaan saya banyak tersilap seperti
Cakap =caap
 Pasal =paal

Tulah lain kali buat lah tergopoh gapah lagi dahlah tu tak check dulu lepas tulis terus publish je (Tak pasal-pasal kena marah diri sendiri DUSH!) 

Perkara Kecil yang Boleh Menjadi Besar

     Perkara yang paling kecil dalam kehidupan kita biasanya  boleh memberikan kesan yang besar buat kita . Saya memang tak pandai nak menyusun kata bagi korang semua faham apa yang saya nak sampikan tapi saya rasa mungkin ucapa yang saya ambil dari internet ni yang paling tepat bagi untuk buat korang semua faham apa yang cuba disampaikan

                                  ENJOY THE LITTLE THINGS 
                                  IN YOUR LIFE FOR ONE DAY ,
                                 YOU MAY LOOK BACK AND REALISE
                                 THEY WERE THE BIG THINGS

Saya cuba untuk copy kan ucapan tu tapi tak boleh so saya tulis ajalah Kalau kita renungkan perkara kecil yang berlaku dalam hidup kita kita akan mampu mengukirkan senyuman kerana kadang-kadang perkara kecil itu memberi makna yang besar buat kita

                                         

Monday, December 12, 2011

Semakin Lama......

   Semakin lama saya rasa semakin sayang akan blog ni , ungkin kerana disini saya dapat bercerita selain dapat lari dari masalah saya seketika.logni umpama teman rapat saya kerana saya dapat bercerita, mencurahkan perasaan dan banyak lagi walaupun bukan semua yang saya kongsikan . Saya berharap sangat yang bog ni dapat menjadi blog yang mampu memberi manfaat kepada semua pembaca yang datang 'menjenguk' blog ni, semoga mutu penulisan saya semakin lama semakin baik :)

Saturday, December 10, 2011

Tukar

   Pertama kali tukar design blog selepas 1 tahun tak tukar, bukan apa nak belajar juga cara2 tukar design kalau tengok design sama je bosan gak.Oh ye saya buang chat box tu untuk mengelakkan 'pegaduhan siber' yang bakal meletus kalau tidak di buang , amacam cantik tak design baru saya ? hehe boleh lah untuk budak yang baru setahun jagung ni kan? :D  Ok lah apa-apapun harap korang tak bosan tengok design ni sebab saya dah sehabis mungkin dah buat  design yang tercantik


P/S desing ni dengan design dulu mana lagi cantik?

Tuesday, December 6, 2011

Selamat Hari Jadi Aiman & Anis

            Pejam celik, pejam celik dah bulan 12 , hari ni 6 haribulan, besok 7 lepas tu 8 .Ok mesti pelikan apabila tetiba je saya nak cakap pasal hari bulan ni apa yang sangat 7&8 haribulan tu , sebenarnya 7&8 haribulan tu adalah hari jadi adik2  saya Aiman& Anis , kelakar pulak bila tengok tarikhnya dah macam kembar pulak tapi apa-apa pun saya nak ucapkan Selmat Hari Lahir kepada Aiman Dan Anis semoga panjang umur dan murah rezeki huhu


P/S agak2 lah kan dia orang marah ak kalau saya tak bagi hadiah? biarlah saya pun dah tak sempat nak beli buat kad ucapa jelah itupun kalau sempat hehehe :D

Monday, December 5, 2011

Schoolsick

     Rindunya kat kekawan saya,tak sampai sebulan pun tiba-tiba dah kena homesick cuma yang ni terbalik orang biasanya homesick teringat rumah saya homesick teringat sekolah sampaikan ckgu garang pun saya teringat, huh teruk kan? hehe apapun saya cuma nak cakap kat kekawan saya 'Guys I miss you all soooooooooo much'

P/S teruk tak saya ni? hehe

Wednesday, November 23, 2011

Novel

      Salam kali ni saya nak cakap pasal hobi saya . Ye melihatkan tajuk diatas pasti korang dah tahu  ianya berkaitan dengan novel dan memeng betul pun ! Ok saya bukannya suka jual novel tapi baca novel pernah juga saya terfikir nak buat novel tapi hem harap maaf  saya rasa bukan jadi nove jadi buku cerita pun tak pas kot  kuang kuang kuang .......

         Hobi saya ni start masa saya darjah 3 percaya tak? hehehe ok ni bermakna sudah 2 tahun saya gilakan novel masih terlalu awal bukan, hem saya mulanya baca novel sebab saja-saja je , tapi lama-lama saya seronok jadi saya suruh lah ibu dan bapa saya belikan novel untuk budak yang berumur 9 tahun yelah takkan nak baca novel cinta pulak kan  kan  kan? Sejak darihari tu saya jadi penggila novel . Pernah sekali tu saya pinjam novel setebal 200 muka surat dan saya berjaya habiskannya selama 1jam!!! saya pun ta sangka sebenarnya tapi masa baca tu fokus habislah kalah tentera nak berperang !!!!!!

      Sejak dari hari tu saya pun mengumpul novel alhamdulillah sekarang saya ada 25 buah novel kebanyakkanya terbitan PTS Publications memang best!!!!!!!! awal tahun 2011 haritu kekawan saya pun mula lah menjadi penggila novel seperti saya dan setiap kali saya beli atau kawan beli novel baru pasti ramai nak pinjam sehingga kalah jualan murah !!!!!!!!! cuma saya nak ingatkan juga kepada kawan2 dan diri saya sendiri supaya janganlah terlalu lalai sangat baca novel sampai habis hancur pelajaran utamakan yang perlu novel sekadar bacaan pada masa lapang kan? Tak salah membaca tapi jangan  berlebihan kalau suka biarlah sederhana baru ikut sunah rasulullah


P/S ada gaya seorang penceramah tak ? hehe

Tuesday, November 22, 2011

Cuti yang membosankan

 Salam  saya rasa sudah beberapa bulan saya tak update blog ni , yelah bukannya tak nak tapi kerja terlalu banyak minggu lepas hari saya padat sangat (cewah macam lah banyak  sangat kerja ) minggu satu lagi tu saya ada ujian akhir tahun jadi balik rumah kena study, dan seperti biasa ibu dan ayah saya memang tiada kompromi bagi membenrkan saya dan adik-adik membuka komputer untuk tujuan bermain melainkan untuk study. Jadi takkanlah saya nak cakap pasal 1+1 = 2 dekat blogni itu budak darjah 1 pun tahu, huhu . Ok kembali kepada tajuk, ye cuti yang membosankan hem kenapa agaknya ye? ok sebab pertama
1. kami tidak boleh kemana-mana hanya duduk di rumah pergi bercuti jauh sekali
2. saya tak boleh nak baca novel baru sebab saya tak keluar rumah pun untuk beli novel baru
  Mungkin bagi semua  ini bukanlah masalah, ye memang betul pun tapi kalau tiada novel baru apa nak dibuat ye nampak sangat hidup saya tidak menyeronokkan haha. Sebenarnya banyak yang boleh saya buat tapi yelah selagi penyakit M (tahu-tahu jelah)melekat seperti tapak sulaiman pada saya selagi itulah kerja yang banyak itu tidak dilakukan dan menyebabkan saya menjadi bosan huhuhu . Saya tak boleh bercuti bukan sebab duit tak ada atau pun terlalu sibuk sangat (lagi sekali macamlah sibuk , sibuk tidur kot) tapi kerana Terengganu dijangka banjir jadi saya tak boleh kemana-mana yelah takut-taku masa saya tengah bercuti nanti Terengganu banjir besar sampai saya tidak boleh balik rumah saya nak tidur mana kesian saya .... walauapapun saya yakin setiap kerja pasti akan seronok jika kita mengangapnya seronok
SELAMAT BERCUTI !!!!!!!! harap cuti anda tidak membosankan

Thursday, September 22, 2011

Kalau Anda Sedih.........

          Kalau anda gembira tepuk tangan.  Pernah dengar lagu ni? mestilah semua orang pernah dengar lebih-lebih lagi budak yang baru berumur 1-5 tahun pasti akan nyanyi lagu ni siap hafal penuh kekadang budak remaja pun nyanyi lagi lagu ni .. Tapi pernah tak dengar lagu kalau anda sedih......Hah agak-agak lah kan kalau anda sedih buat apa? hem ............. cuba fikirkan.

Saturday, September 3, 2011

Sebenarnya

    Sebenarnya saya bukannya pandai nak berblogging tapi oleh kerana perasaan saya yang sentiasa ingin mencuba ini saya pun memintalah ibu saudara saya yang berada di KL untuk buatkan blog untuk saya ini . Tujuan saya untuk buat blog ni bukan itu saja tetapi saya juga ingin menceritakan atau meluahkan tentang kehidupan saya jadi saya harap pembaca semua sudi memberi sedikit ilmu untuk saya

Friday, August 19, 2011

Hari Raya

     Huh penatnya hari ni, baru saja saya habis ujian OTI4 pada hari ini soalannya boleh tahan maca biasa tapi yang bezanya kali  ni ujian di waktu bulan Ramadhan memang agak letih berbanding biasa , bulan Ramadhan ni adalah bulan kegemaranku mengapa? Hah kenapa sebab pada bulan Ramadhan ni ibu akan membuat kuih kegemaran saya Kuih Sarang Semut,walaupun dekat kedai ada jual kuih ini tapi yang ibu buat TERBAIK!!!!!!!
hihihi, insyallah tahun ni saya raya dekat kampung belah ayah mesti seronok sebab boleh balik kampung , saya ni memang suka jaan-jalan ,hihihi.
          Sebenarnya apa yang paling penting dalam menyambut hari raya ialah hubungan kekeluargaan . Pada hari rayalah kit akan melihat sebuah keluarga yang bahagia tanpa ada pergaduhan.

Wednesday, July 13, 2011

Gastrik

  Ramai yang tak tahu sebenarnya saya ada penyakit gastrik. Ianya bermula ketika saya darjah 2,masa tu saya suka sangat minum air yang bergas .Setiap hari masa rehat kafa saya akan ke kedai untuk beli air gas. Suatu hari masa perperiksaan saya tiba-tiba sakit perut yang teramat kuat,nak kata lapar bila makan macam nak muntah.Lamalah juga saya menahan sakit perut dalam 2 minggu jugalah , akhirnya ayah bawa saya ke hospital untuk diperiksa.Doktor kata saya kena tidur kat hospital malam tu, nasib baiklah ibu dah sediakan baju untuk persediaan takut- takut kena duduk dekat hospital .Saya tidur dekat hospital dalam 1 hari je nasi baik satu hari tak nak duduk lama-lama dekat hospital . Saya kena makan ubat warna putih yang rasanya teramat pahit . Alhamdulillah saya dah boleh ke sekolah 2 hari lepastu

Nasihat saya kepada semua janganlah minum air bergas tiap-tiap hari kalau tak nak kena gastrik

Friday, July 8, 2011

       Saya ingin menambah sedikit tentang sahabat atau kawan . Sebenarnya pada zaman ini  memang susah mencari seseorang yang sentiasa bersama tak kira suka atau duka . Apbila sudah berjumpa cubaan lain pula yang dihadapi. Bagi saya sahabat ini kalau kita melakukan sesuatu yang salah akan melarang kita dia akan menasihati kita dan tidak akan membiarkan kita hanyut dengan kesalahan . Bukan mudah mencari shabat banyak perkara yang perlu dialami , namun apabila kita dewasa kelak kita akan menjadikan saat bersam sahabat itu kenangan terindah . Rugilah orang yang mecemburui orang yang ada sahabat kerana mereka hanya berfikir untuk memusnahkan persahabatan orang lain tetapi dia tidak mencari sahabat pula itulah manusia sentiasa dibelenggu sifat dengki dan irihati. Sahabat ini bukan setakat memberi nasihat tetapi dia juga 'buku rahsia ' kita kerana kita sering meluahkan perasaan kita kepada dia
   Nasihat saya kepda orang yang mepunyai sahabat jagalah hatinya kerana bukan mudah untuk mencari sahabat

Friday, June 24, 2011

Sahabat atau Kawan ?

          Assalamualikum semua, sihat?lamanya saya tak menulis blog rindu pula.Malam ni saya nak kongsi sedikit maklumat tentang Saabat ataupun Kawan.Zaman sekarang ni ebih banyak lawan dari kawan lebih banyak kawan dari sahabat.Selama ini saya ingat sabat & kawan tu adalah sama rupanya tidak


Sahabat
seorang yang sentiasa bersama takira susah atau senang
menasihiti kita untuk  melakukan perkara baik
tidak hanya bersama ketika kita mempunyai wang atau kekayaan sahaja
mahukan yang terbaikutuk sahabatnya

Kawan
kebanyakkanya tidak setia
tidak melarang kawanya jika kawanya berbuat jahat
hanya bersama ketika senang sahaja
mahukan sesuatu barangan untuk berkawan


   Saya mempunyai seorang sahabat di sekolah apabila bersamanya saya berasa seronk apabila dia tiada saya rasa bosan sebabnya saya tak tahu nak berbual dengan siapa lagi .Semoga kami kekalkan persahabatan ini amin..........

Thursday, May 12, 2011

Pulau Pinang Wait For Me !!!

          Alhamdulillah , setelah beberapa bulan bertungkus lumus, akhirnya saya berjaya mewakili pertandingan bercerita peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang . Semua ini adalah berkat doa orang ramai dan berkat pihak sekolah juga dan berkat semua pihaklah . Saya berharap pada peringkat kebangsaan ni saya akan mendapat tempat pertama daam pertandingan itu . Saya amat menghargai segaal sokongan yang diberikan oleh semua pihak harap-harap berjaya amin......

              Kepada kawan -kawan yang lain nasihat saya adalah jangan takut mencoba kerana kalau nak berjaya kenalah berani mencuba asalkan benda itu tidak salah dari segi agama ye.Semoga kawan-kawan akan  berjaya dalam mencapai  cita-cita kawan -kawan ye

SEMOGA SENTIASA CERIA MENGHADAPI HIDUP YANG MENCABAR

Saturday, March 12, 2011

Bercerita

Pada bulan 2 hari tu saya telah memasuki pertandingan bercerita kat sekolah je, tapi berdebar bukan main lagi maklumlah  bercerita depan orang ramai mana tak berdebarkan? Mula-mula saya berasa berdebar sangat sebab saya tengok perserta lain pun ok juga , tapi kalau saya tak bercerita lebih baik saya takyah masukkan jadi saya pun  bercerita lah juga. Alhamdulillah selepas akhirnya sewaktu keputusan bercerita diumumkan saya telah mendapat tempat pertama , saya berasa amat gembira.Rupa-rupanya tidak sia-sialah usaha saya untuk menghafal cerita itu. Saya amat berterima kasih kepada ibu dan kawan-kawan saya kerana telah mebantu saya menghafal cerita tersaebut

Thursday, February 10, 2011

E-BOOK

Hari ini saya akan pergi mengambil e-book. Gemberinyan lama dah  saya tunggu hari ini ,sejak dari darjah 4 lagi
saya nak dapat e-book. Saya akan cuba untuk menjaga dan menggunakan e-book tu sebaik mungkin .Saya harap dengan adanya e-book ni saya akan lebih cemerlang dalam mata pelajaran doakalah saya ye agar mendapat keputusan yang cermerlang

Saturday, January 1, 2011